Tuesday, June 1, 2010

Apa cer?????

Sumber: Malaysian Fishing Net

Teman pernah kena usik masa kat Sungai Tekam, tempatnya selepas jambatan kedua Tasik Banding akan sampai ke simpang RPS Banun, lepas 40 minit naik 4WD, kami sampai ke pos Jabatan Hutan Sungai Tekam,hajat di hati nak naik sampai Sungai Ayer Mangga, memandang kami takder permit, kami hanya dibenarkan berkhemah berdekatan dengan pos kawalan.

Kiranya tempat kami berkhemah tu lapang la jugak, siap sempat casting sebarau lagi..........
Sampailah ke malam, kami banyak dapat baung malam tu, ikan tengas saiz telapak tangan budak tadika, semua kami lepas balik aje..........sebelum tu teman memang ada bawak hati ayam, jadi terdetiklah di hati nak tukor umpan pasal sebarau pada malam tu semua kecik2 aje(sebelum tu kami pakai umpan kelapa sawit)......hasilnya amat membrangsangkan...sebarau naik 2-3 kilo skali, mengubah keputusan memancing malam tu.....
Pukul 1 pagi.....teman nak tukor rod pasal cincin rod teman nak patah..habih berserabut tali pancing...dalam nak perjalanan nak ke camp site kena lalu titi, kat situ ada ramai le member2 teman tengah layan mancing.Sampai kat hujung titi takder sape kat situ tapi teman memang ada letakkan umpan hati ayam tadi.
Tiba-tiba umpan hati ayam tadi tersembul keluar, berselerak habih hati ayam kat situ. Teman ingatkan ada katak besor nak makan unggas kat situ. Teman buat tak tahu aje. Pantang kena tegor kata orang tua-tua......
Sampai kat camp site teman pun nak le basuh tangan pasal tangan punye le busuk menyentei hati ayam masa mancing tadi. Teman halakan torch light ke gigi air, kira nampak le permukaan air, jernih betoi ayornye.Teman rasa macam ada benda jatuh kat atas kepala teman.Kelepek!Teman tak nengok atas lagi...tapi yang jatuh dari kepala teman tadi, kome tau amendenyer? HATI AYAM!!!!
Teman tak berani nak nengok kat atas, nak kata ada member pedajei takde sape.Lagipun takkan nak pedajei macam tu skali.
Teman blah pusing balik ke tempat teman mancing tadi.Kali ni DIA tunjukkan diri pulak. DIA terbang dari pokok lalu depan teman selaju-lajunye....teman nampak DIA melintas macam cahaya tanglung tu le.....
Teman kuatkan semangat, kalau nak ikutkan masa tu juge teman ajak member2 balik, tapi memandang teman sorang aje kena usik, bior le....jangan ikut balik sudah!!!
Keluor dari hutan, baru teman berani cerita kat kekawan. Dema terkejut pasal rupa2nye dema kena usik gak!!!Ada yang hilang bundut umpan, ada yang hilang ikan, padahal dah masuk dalam karung, ada yang kata kena lambai.....teman tanya kat orang tua dalam group teman, Pak Long nama dia,"LAIN KALI JANGAN BAWA BARANG BERDARAH MASUK DALAM HUTAN,KALAU NAK BAWAK,BASUH DULU"!

Tuesday, May 25, 2010

Laporan Trip Kenyir May 2010 (1)

Trip kenyir May 2010 telah dirancang pada bulan Oktober 2009 dan secara rasminya telah direalisasikan pada 15/5/2010 dan berakhir pada 18/5/2010. Trip telah berlangsung selama 4 hari 3 malam.


Entrance and Registration









Hari pertama.

Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 10.45 mlam dan perjalanan kami selamat sampai ke Bandar Kuala Berang tepat pukul 4 pagi. Selesai Solat Subuh, semua anggota trip bersarapan dan membuat persiapan terakhir dari segi pembelian segala barang keperluan selama trip berlangsung. Perjalanan dari Empangan Jenagor ke Sungai Terenggan mengambil masa hampir 6 jam dengan kelajuan Bot House yang hanya 6km/j. Perjalanan yang amat panjang ini diambil kesempatan oleh semua peserta untuk tidur dan merehatkan badan yang telah semalaman berjaga didalam kereta.






Dihari pertama kami sampai, telah banyak bot house lain yang telah berlabuh di Sungai Terenggan. Selesai semua persiapan, masing-masing dah mula sibuk untuk pergi casting. Hasil casting pada hari pertama anak-anak toman sebesar lengan budak. Anak-anak toman ni tengah galak memburu gewang Shad Rap 5cm - 7cm. Untuk teknik bottom, hanya beroleh Ikan Lampam dan Baung. Hari dah lewat malam. Penulis dah nak tido. Esok plak sambung.....




Monday, May 24, 2010

Laporan Trip Kenyir May 2010

Trip Kenyir May 2010 baru je berlalu. Penat pun tak habis lagi tapi bau umpan tapa dah lama berlalu. Dalam dok sibuk2 ni aku belum berkesempatan lagi nak publishkan Laporan Trip ke dalam blog ni. I'allah, laporan akan menyusul tak lama lagi.

Thursday, May 13, 2010

Trip Kenyir May 2010

Salam semua. Esok malam akan bermulalah perjalanan untuk Trip Kenyir May 2010. Trip ini secara rasminya akan berlangsung bermula 15/5/2010 - 18/5/2010. Berikut ialah itinerary untuk trip tersebut.

Jumaat (14/5/2010)









9.00 pm : Berkumpul di Stesen Petronas MRR2






10.00 pm : Bergerak ke Kuala Berang






Hari Pertama
(Sabtu : 15/5/2010)









6.00 am : Sembahyang Subuh (Masjid Kuala Berang)


Beli persiapan terakhir / sarapan pagi






9.00 am : Pendaftaran permit dan pas (Empangan Jenagor)






10.00 am : Berlepas ke Kuala Terenggan






2.00 pm : Sampai Kuala Terenggan






Hari Ke 2
(Ahad :16/5/2010)
















6.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Tuan Hj Abdul Rashid






6.30 am : Casting Sebarau







10.00 am : Sarapan pagi







11.00 am : Trekking Hulu Terenggan






12.00 am : Camping selama 1 malam.


Target: Kelah dan Tengas






Hari ke 3
(Isnin : 17/5/2010)










6.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Tuan Hj Abdul Rashid






6.30 am : Casting Sebarau







10.00 am : Sarapan Pagi







11.00 am : Bergerak balik ke Boat House






2.00 pm : Makan Tengahari di Boat House






3.00 pm : Aktiviti memancing







Hari Ke 4
(Selasa:18/5/2010)










6.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Tuan Hj Abdul Rashid






6.30 am : Casting Sebarau







10.00 am : Sarapan Pagi







11.00 am : Bergerak balik ke Jenagor






3.00 pm : Sampai Empangan Jenagor






5.00 pm : Bergerak balik ke Sg Buloh






1.00 am : Sampai Sg Buloh (Trip Tamat)

Monday, May 10, 2010

Kasi Panas Sikit



TASIK KENYIR: Perjalanan meredah banjir hujan selebat-lebatnya ketika menuju ke sini sama sekali tidak mematahkan semangat penulis dan Geng PJ Striker meneruskan ekspedisi memburu ikan yang menghuni di tasik ini, baru-baru ini. Sememangnya kami sengaja mencari waktu begini bagi merasai penangan ikan Kenyir yang dikatakan banyak ketika musim tengkujuh. Kami berjaya memancing banyak sebarau dan baung. Malah turut mengena ialah toman, belida dan seekor kelisa seberat 2 kilogram. Toman adalah sasaran utama peserta Boat On The Road yang dijadualkan pada 7 hingga 9 Mei ini.

Sejurus tiba ke destinasi kira-kira jam 4 petang, Kamal dan Rahiman terus memecut bot gentian kaca dengan enjin sangkut Yamaha 15 kuasa kuda meninggalkan rumah bot mencari lokasi terbaik. Sementara itu Haji Gani membuka tirai pertama acara pancingan dasar dari atas rumah bot dengan baung seberat kira-kira 250 gram.

Selalunya waktu baung galak makan ialah malam. Hanafiah, Rahiman dan Kamal yang pulang dari memancing di lokasi lain turut memperoleh 17 ekor baung selain sebarau yang tumpas selepas menyambar gewang Rapala Shad Rap SSR-9 12g Top Swim dan Deep Swim warna oren.

Pendek kata, pantang gewang jatuh ke air pasti bersambut dengan deburan air yang sungguh mengasyikkan akibat hentaman sebarau pelbagai saiz. Namun etika pemancing berwawasan serta bijak mesti diamalkan. Kami hanya mengambil sebarau yang sederhana. Anak sebarau dilepaskan semula.
Malam menjelang tiba dan waktu terbaik memancing baung. Aktiviti hanya boleh dilakukan di atas rumah bot bagi menjamin keselamatan, demikian arahan tekong bot Mustaffar atau lebih dikenali sebagai Pok Par yang arif mengenai tasik itu sejak 18 tahun lalu. Lazimnya, apabila memancing di atas rumah bot, maka juaranya ialah Pak Cho atau Haji Yusof Othman dengan baungnya.

Pagi hari kedua yang hening, tiba-tiba kecoh akibat kegembiraan Kamal kerana seekor kelisa seberat 1.5 kg terpedaya dengan lenggokan Rapalla Shad Rap SSR-9. Maklumlah beliau tidak menyangka kelisa membedal Rapalla warna orennya.

Tuesday, April 27, 2010

Friends...

Semalam aku terima sms dari kawan aku. Pening, gemuruh, nak muntah. My fishing buddy, working colleagues, School senior is no longer in this world. Izad passed away yesterday evening in his house in Port Dickson about 630 pm after a month battling with bone cancer.

All the memories with him flash back in my head like tape being rewind. Some bad, good memorable,humorous.. I am not sure how to express this but I still cannot take it that he is no longer with us. During my driving there with Dasuki and Nasir last night there is still a glimpse of hope in my heart that this is a major hoax created by my circle of friend. Still praying to God actually.. until I saw his soulless body in front of my eyes. Tears burst. "Tears cannot bring him to life" my little heart told me that and you have to face it. I start reciting the Yasin.

God love him more than us... . Izad had meet his maker far more earlier than us...and he went there peacefully alone in his house.

Let us pray for His forgiveness to Allahyarham. May he is among the blessed soul. Alfatihah...

Norizad Hassali .... 1967~2010
Avid Anglers, True Friend

Monday, December 7, 2009

Trip Port Terlarang

Trip dirancang 2 3 hari sebelum tu lagi. Tangan aku gigil bila Hj Rashid cite kat port tu haruan ngan Talapia banyak. Ikut plan asal kitorang nak pegi port kat area Masjid Airport tapi last minit Hj bagitau kita tukar port sbb ada port yang lagi best. Tempat tu kawasan tadahan air banjir. Kawasan agak besar. Masa tengah setting2 pancing takdan 2 3 minit hasil dh dapat. Seekor talapia yang bersaiz agak besar dan dari segi rupa paras talapia tu aku dapat tahu air kat sini sangat bersih. Aku plak macam biaselah, mana layan sangat pancingan dasar ni. En Casting kenalah sentiasa bercasting. Berbekalkan katak minyak yang aku beli 4 Hengget, aku mula casting.

Permulaan casting aku gunakan katak plastik aku. Mungkin haruan-haruan tu pegi sekolah maka takde langsung respon. Merata penjuru tasik tu aku cast tapi langsung takde sambaran. Lepas pada tu aku tukar kepada JANGGUT. Agak menarik dengan sambaran-sambaran lemah tapi hanya tinggalkan bekas je pada Janggut yang aku gunakan tu. Langsung tak lekat. Aku terpaksa gunakan katak jugak last sekali. Kali ini aku casting dari atas tebing setinggi 4 meter dari gigi air. Agak tinggi dan kadang2 gayat gak aku. Tapi nilah port casting paling best bagi aku. Sebabnya baru 2 kali lempar aku dapat sambaran pertama tapi disebabkan oleh kesilapan teknikal yang tak disengajakan oleh aku, ragutan tu hanya mampu tinggalkan kepala katak sahaja untuk aku labuhkan ke darat. Kesilapan teknikal yang aku maksudkan ialah cara cangkukan mata kail ke umpan katak yang agak jauh dikepala yang mana sepatutnya mata kail mesti berada dibahagian dada sekurang2nya.

Kesilapan pertama membuatkan aku terus membuat improvement dengan serta merta. Kali ini, aku cuba buat sesempurna mungkin baik dari segi casting, umpan dan karauan. HASILNYA!!!!! Sambaran yang betul-betul menggarkan drag spinner aku. Sreeeetttttttttttt....... Haaaa.. camtulah bunyi nya.. Sah.... Dah ada yang tersangkut. Layan dari ketinggian 4 meter dengan kekuatan tali 12 paun bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi aku. Peluang untuk rabut amat besar sekali . Tambahan pula dengan stail haruan kat sini yang bila kena hook akan mula melompat dipermukaan air ala-ala marlin. Gambar untuk aksi demikian tak dapat aku konsikan disini sbb takde sapa pun yang ambik gambar untuk tu. Dalam 2 3 minit pertarungan, aku dah menang cuma yang jadi dilema aku kena tarik naik ikan tu ke permukaan yang agak tinggi tu. Nak tak nak aku redha je dgn apa yang akan jadi. Haruan tu dah makin lemah jadi senanglah aku tarik naik ke atas tebing tanpa ada apa-apa masalah. Hasilnya seperti gambar kat bawah ni.



Aku dengan haruan seberat 1.3 kg


Gambar kat bawah ni menunjukkan sifu dengan ikan Talapia Gold nya.. Sangat cantik. Hanya gunakan teknik pancingan tradisional iaitu batang pancing tanpa spinner. Sangat menarik tapi hasil tak henti-henti naik. Jeles aku.





Sangat cantik

Mancing kat port ni tak lama dalam 2 jam je. Pastu datanglah segerombolan black maria. Halau kitorang suh keluar dari kawasan ni. Biaselah kalau dah geng Black Maria ni. Macam-macam lah alasan putar alam diorang. Yang bestnya diorang suruh bawak balik je ikan tu. Sampai je kat kereta ada sekor Black Maria ni datang kat aku minta duit kopi. Hek elehhhhh.. dahlah halau aku macam halau lembu pastu boleh pulak nak minta duit kopi. Buat malu orang INDIA jelah diorang ni. Heran aku. Pastu yang paling rare lagi MAMAT tu siap bagi kat aku no tepon dia. Kalau nak mancing malam dia suruh aku tepon dia dulu. Apa ko ingat ko tauke kolam pancing ke hahhh.... Oooo.. lupa beb gua nak bagi nama dia. Nama mamat ni RAJA. Ni no dia. Kalau ada yang nak mancing kat sini bila malam bolehlah kontek no ni. Pastu kalau korang kena samun ngan geng-geng BLACK MARIA aku tak tahu. Raja - 014-3331082.

Lepas kena halau ngan geng-geng sampah ni, kitorang terus pindah tempat lain. Balik ke port yang jadi perancangan asal. Strike boleh tahan tapi ikut kata Azrul dan Mie tak macam sebelum ni. Sebelum ni lagi hebat. Teruja aku dengar. Cuma kat sini tak digalakkan guna set yang pertengahan dan dilarang sama sekali menggunakan set berat. Sebabnya set-set macamtu akan menyebabkan korang tak rase sentuhan ikan. Kalau nak try kat sini memadai bawak set-set ringan ataupun kalau nak lagi best bawak set mancing udang. Hasil kat sini semuanya talapia yang setelah aku teliti corak pada sisik aku agak dan rase talapia ini telah mengalami evolusi yang pada pandangan aku telah berlaku kacukan dengan spesis Flower Horn yang telah dibuang secara berleluasa di merata sungai-sungai seluruh Malaysia. Aku buat agakkan sahaja dan tak semestinya tepat. Kepada para pelayar blog ni kalau ada idea tentang spesis ni boleh kongsikan sekali dengan aku.

Pada pemerhatian aku jugak ada banyak kelebihan spesis ni berbanding dengan talapia biase. Jangka hayat spesis ni tahan lama bila hidup tanpa air. Bila aku sampai je kat rumah spesis ni tetap hidup bila aku masukkan dalam air. Kalau talapia biase dah lama mati.



Sekian untuk trip minggu ini. Minggu depan mungkin akan ada trip lagi. Kat mana???? Nantikan.....