Wednesday, May 20, 2009

XPDC Pulau Tenggol 2009


Alhamdulillah aku telah selamat sampai kembali ke darat.
Selepas 3 hari 2 malam trip yang berbulan di rancang selesai dengan nada yang tinggi ( High note). Tahniah kepada coordinator Fadzli.. you did an excellent job mate.

Lets get back to the trip



Malam Jumaat pukul 12 malam kami bertolak dari last embarkation port, PETRONAS Gombak sebelum masuk Highway karak. Peserta seramai 9 orang aku, Ijad,Fadzli, Joe, Mawi, Peja, Lan,Amy dan Salim telah bersiap sedia untuk menggempur Dungun. Dengan 2 kereta ,1 4x4 (KENDERAAN rasmi AAT) sarat dengan orang dan barang.

Sampai kat Dungun ngam pukul 5 pagi lepas berhenti kat few location untuk hajat tertentu. Sorang dah kong masa ni, Amy yang memang demam tapi semangat jer yang membuatkan dia meneruskan trip ini. Dengan bekal ubat satu raga.. dia teruskan.

Bandar Dungun banyak berubah dari yang lepas aku datang. yelah last datang pun dah dekat 10 tahun dulu. Kami dapat cari dock Pak din labuh bot dia. Pukul 5 pagi tgk bot ... pehh rasa tak sabar dah ni... tapi macamana nak naik air tgh surut..
Azan berkumandang menandakan subuh telah masuk. Pegi mengadap tuhan dulu...dan pegi lah mandi dan bersiap untuk yang lain. For the night driver cari kesempatan untuk lelapkan mata di Muslim INN.



Pok Din Pier betul betul terletak depan satu kedai Ummi laksa gandum. Mengeteh dululer sementara menunggu tekong datang.. Tepat pukul 8 pagi awak awak sampai.. kami pun loading barang...ke dalam bot. Masa ni apa yang penting Kejer....Sama... Apa yang penting Kejer sama.




Sumer masing masing dah sengeh masa ni...



JAM 0930 kami meninggaalkan darat untuk menduga perairan Terenggganu.. Distance 18 batu nautika dari darat. Kaedah trolling digunakan masa ni tapi takde yang memberi sentapan

Kami sampai di port memancing pertama lebih kurang jam 1 petang .
Kami dinasihatkan menggunakan teknik bottom rigging dgn 2 -3 branch pada waktu siang. Umpan hirisan sotong segar yang disediakan oleh awak awak . Hmm best tu ada orang tolong hiriskan umpan.Hanya 1 pancing heavy duty sahaja yang digunakan dan dijaga oleh otai Joe. Sebab dia paling cekap handle teknik tu dan dia ada mesin tu... Dari hasil drifting Joe bawak naik this animal....



Aruan tasik 6kg oleh Joe...


Yang lain dah semakin bersemangat apabila Mawi menaikaan merah ... semua begitu tekun memancing.. Masa ni memang tgh peak sume merasa tarikan ikan.





Petang tu aku, fadzli dan Ijad pegi test jigging... macam-macam jig sumer cuber.. suma ada strike tak lekat.. mungkin terkezut jig boleh strike kat Tenggol ni.... Memang hebat... Paling best sekali Izad bila Belitong melambai dia sambil pulangkan balik jig yang jadi subang sekejap.


Malam tu kami diasak lagi ... Spesis seperti Cermin pebagai jenis, landuk, Tambak, Kaci, Dan spesis CAK raya Selamat hari raya. Sumer layan sampai pagi.. Paling awal tutup kedai pukul 1 ada yang tak tutup kedai langsung... End of Day 1




Siang tu kami singgah ke pulau sebentar sebab bot ada nak align sonar.. Ikan tak berapa galak kami nak pegi port paling jauh untuk trip ni about 4 batu nautika dari tenggol. Masa ni ada platipus, dugong dan gajah laut berenang dekat bot tapi tidak dapat dirakam kan oleh kamera fadzli sebab dia dah jadi platipus. Best jugak aku tengok lepak kat pulau ... rasanya elok dimasukkan dalam agenda next trip.. berehat di pulau untuk freshen up between big battle. Apa kata kengkawan

Malam tu kami bergasak lagi tapi dgn ombak dan ribut. Tapi masa ni banyak monster ada di bawah.. Joe banyak kali rabut yang di suspek Tenggiri. Kerana dia letak umpan Kekacang panjang sekaki. Ni skill baru kami belajat kat sini .. Tenggiri makan kekacang..

Ramai terkorban tapi ikan masih galak. IZAD is the last man standing..Congrats to him...

Trip ni menukar persepsi aku kepada pegusaha fishing boat Malaysia Pantai timur. Pok Din punya servis dari segi kemahiran mencari port dan rajin tukar port kalau takde bite memang dipuji. On time dan awak awak yang dibawa pun agak friendly and understand how to treat customer. teruskan usaha Pak din. Cuma Pok Din perlu improve dari segi keselasaan bot ( terlalu banyak barang kat atas bot tu dan perlu 5S yang bagus untuk keselesaan penumpang) .

Seperti rod holder yang custom made by AAT inc instead of tali ikat ikat atas bumbung macam tu..





DAN Kami walaupun berpuashati dengan hasil tangkapan tetapi semua peserta trip ada satu kesimpulan. Kami perlu tingkatkan skills dan peralatan untuk menaikkan ikan besar kerana terlalu banyak kes rabut.. serta kena upgrade stamina dan time managment in resting and fishing sebab most of us kong masa ikan galak malam last.. takde stamina nak weather the storm macam Izad.
Inilah dunia hanyir ni.. kekadang bila keadaan memberi peluang kita tidak bersedia untuk itu...

Macam kehidupan jugak...


Enjoy the picture .Lain kali ingatkan diri sendiri bawa kamera.. Aku tertinggal kamera masa ni...

Wednesday, May 6, 2009

Tenggol ... Oh Tenggol

Dah lama aku tak tulis kat sini...


Sekarang ni tgh prepare persiapan nak gi tenggol...


Depth range : 30M ~100 M
Saiz Ladung : 12~18
Leader : 60 ~120 lb
Tarikh pergi : 16~18 May 2009
Peserta:9 orang

Trip 3 hari 2 malam ni follow one of the famous tekong in Dungun.
First time aku pergi area tenggol ni... sebelum ni tak pernah turun mengail area Terengganu ni..

April and May memang tak turun memancing langsung.... Tengah memperkemaskan segala peralatan...

Tengoklah kalau ada rezeki...

Wednesday, March 25, 2009

Cuaca ohh Cuaca

Hujan lagi...

Pagi hujan petang hujan .. Salinity (salt level in sea water) semakin turun.. ikan tak galak...sebab air semakin payau dan ombak tak menentu...

Di darat pulak air lombong,sungai dan empangan semakin tinggi.. fish willl scatered all over the place and its not good.. dia gi jalan jalan tak dok kat rumah or port dia..sebab banyak makanan natural...

So apa pemancing macam aku ni nak buat? .. Hmm masa ni sebenarnya sesuai layan anak dan tanggungjawab jat rumah sambil buat periodical maintenance untuk perkakas pancing.

Bila masanya sampai kita akan berjumpa Kan ikan kan..kan kan...

Take this time to spent with the love one and not blaberring around cursing the mother nature...

Let it ready and nature to take the course before we go and challenge it again..

To all my buddy... lets retreat for a while.. until Tenggol trip I believe there is no meaning we spent time hunting the unevitable.

Monday, February 9, 2009

Pulau sembilan compilation

Photobucket Album

My Son First Catch

Fadzli SMS aku hari Khamis samada aku berminat untuk menduga kolam persendirian untuk mengcasting. Aku yang tak mempunyai apa apa plan pada weekend tu pun on jer.

Hari ahad pukul 10 pagi aku sampai rumah fadzli dgn hero aku. Tak plan pun nak bawak dia pada asalnya tapi sebab mak dgn adik dia tak sihat kena angkut dia pepagi. Trip mulanya di plan start awal pagi tapi disebabkan aku lupa ada Disney festival kat Baru Caves( Thaipusam lahh) maka aku sampai lambat kat umah Fadzli.

Kolam yang atas tu kolam no 3 yang paling kecik sekali.Saiz dia sebesar gelangang futsall ler aku estimate. Mamat Zali ni kawan Fadzli masa kat GMI mencuba untuk menguruskan tanah yang baru dibelinya seluas10 Ekar. Dalam 10 ekar ni ada 3 kolam yang ia pun tak tau apa isi kat dalam kolam tu. Sorry aku tak snap gambo 2 kolam lagi tapi kolam no 1 tu is a natural reservoir memang cantik.

Kitaorang start casting pukul 11 lebih dengan janggut dulu. tak bawak pun aksesori membottom sebab memang plan nak casting jer. Janggut dari Kedah (hijau kuning) dan Perak (hitam Putih) tak menerima sentapan pun.

Fadzli tukar ke Rapalla rattling kaler anak sepat... 3 kali cast ZUSSS ceng ceng ceng.... he unlock the code ...

Aku masa tu tengah melayan rapalla shad rap kaler biru.. Tgk boleh tahan jugak hasil si fadzli ni...

Judin anak aku dah bising bising nak memancing. Aksesori bottom tak bawak. Apa yang ada hanya grub dan jig head. Aku memang bawak joran memancing udang Daiwa Apollo ngan spinning seahawak wish micro untuk main grub. Aku ikat jig head direct kat tali 8lb tu dan cangkukkan Berkley power bait warna putih macam anak seluang. then aku cast sampai hujung kolam.

Tujuan aku bukan apa bagi dia karau lama sikit sempat aku casting 4 -5t cast baru dia sampai tepi kolam suruh aku cast sekali lagi untuk dia. Dia memang tgh syok mengarau jer. Aku pesan kat dia karau slow slow... Dia ok...
Aku naik ke atas untuk tukar gewang ke seahawk kaler silver macam anak ikan sepat.. baru sampai kat box aku dengar fadzli menjerit judin dapat ikan.. aku tgk si juding tgh senak mengarau joran. Zali toke kolam menolong judin melanding kan ikan tu..

Most of the strike yang mengena menggunakan gewang kaler silver putih dan cerah. kitaorang casting sampai pukul 430 petang dan lepas tu pegi tgk potensi kolam zali yang lain. Panas tempat ni berlindung di sebalik rimbunan pokok pisang jerler.

Memang ada potensi... Kami akan kembali lagi... yang penting anak aku casting grub boleh dapat haruan pakai peralatan kelas udang tapi aku yang pakai peralatan kelas Sebarau hanya merabutkan dan menyedekah gewang pada alam.... Logik ka? Rezeki ka? Yang penting layan...

Thank you Zali for inviting us.





FADZLI RAJA HARUAN.

Saturday, January 31, 2009

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA

Oleh: Aznir Malek

Para Pemancing,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca lakaran ini!

Kebelakangan ini, memancing telah menjadi aktiviti rekreasi yang amat digemari di
negara kita. Namun, beberapa isu kini mencabar kita. Isu seperti kepupusan spesis ikan negara, pencamaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tatasusila dikalangan para pemancing. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain.


Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapung-apung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan!

Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh, dan mempraktikkan aktiviti memancing secara beretika.
Sila baca syor kami, ia itu Peraturan Memancing Secara Beretika. Berbincanglah peraturan ini bersama rakan-rakan anda. Buatlah salinan fotokopi dan unjurkanlah kepada pemancing lain. Lebih baik, tinggalkan beberapa salinan di kedai-kedai pancing yang berdekatan, supaya orang lain akan mendapat ‘mesej’ kita!


Let’s Do It Right!

Kelah Action Group of Malaysia (KAGUM)

“Saving our rivers, Saving our fishes”

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA - UNTUK PEMANCING MALAYSIA

Nota: Beberapa peraturan ini telah dipetik dari peraturan memancing International Game Fish Association (IGFA), sebuah badan yang merangkumi pemancing seluruh dunia. Objektif umum adalah untuk menggalakkan kaedah memancing yang beretika dan juga piawaian bagi pertandingan memancing serta rekod pancingan.


A. PERALATAN MEMANCING

a. TALI PANCING

- Tali yang digunakan untuk memancing sesuatu spesis ikan perlu tak terlalu kasar, namun tak teralu halus. Dengan ini, ikan tidak lah boleh memutuskan tali dengan senang dan terseksa dengan mata kail dimulutnya.
- Tali mesin kekili (main line): Tali tangsi (nylon) atau tali sulam (braided) boleh digunakan. Tali dawai tidak boleh digunakan.
- Tali tambahan gelung kekili (line backing): Jika tali tambahan disambung kepada tali mesin kekili, ia tidak boleh melebihi 130 paun (60 kg.). Tangkapan ikan akan diiktiraf dibawah tali yang lebih berat.
- Tali pendua (Double line): Jika tali pendua digunakan, maka ia perlu dibuat dari tali mesin kelili. Panjang maksima adalah seperti berikut:
- Perairan air masin, tali sehingga 20 paun (10 kg): 15 kaki (4.57 m.)
- Perairan air masin, tali lebih dari 20 paun hingga 130 paun: 30 kaki (9.14 m.)
- Air tawar, semua saiz tali: 6 kaki (1.82 m.)
- Tali perambut (Leader): Jika menggunkan tali perambut, anda perlu mematuhi spesifikasi berikut:
- Perambut harus disambung ke tali mesin melalui kekili, sambungan (knot) atau sebagainya. Tiada peraturan mengenai saiz atau jenis bahan perambut.
- Panjang maksima perambut adalah seperti berikut:
- Air masin, perambut sehingga 20 lb (10 kg): 15 kaki (4.57 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebehi 20 kaki (6.1 m.)
- Air masin, perambut lebih 20 lb sehingga 130 lb (60 kg): 30 kaki (9.14 m.). Jumlah perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 40 kaki (12.19 m)
- Air tawar, semua saiz tali perambut: 6 kaki (1.82 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 10 feet (3.04 m.)

b. MATA KAIL

- Untuk umpan ikan hidup mati: Tidak lebih dari dua mata kail perlu gunakan. Kedua-dua mata kail perlu dibenamkan kedalam umpan. Tidak diibenarkan mata kail yang tergantung bebas. Mata dua atau mata tiga tidak dibenarkan.
- Ikatan dua mata kail bagi pancingan dasar hanya dibenarkan jika menggunakan dua perambut berasingan dan juga jika tidak menggunakan mata dua atau mata tiga. Setiap mata kail mestilah dibenamkan kedalam umpan masing-masing. Jarak antara mata kail mestilah agak jauh, supaya jika seekor ikan telah memakan umpan, mata kail yang kedua tidak mencucuk badan nya (foul hook).
- Mata kail untuk gewang: Bila menggunakan gewang yang ada “skirt” atau bahan yang bertali darinya, tidak lebih dari dua mata kail dibenarkan disambung kepada tali pperambut.. Mata kail kedua tidak boleh jauh kebelakang bahan yang bertali (skirt) itu.
- Mata pendua atau mata tiga dibenarkan baggi gewang lain.
- Gunakan mata kail yang tidak bertaji jika boleh. Keberkesanan mata kail ini sama dengan mata kail biasa. Kadangkala, ia lebih berkesan! Jika berlaku kemalangan kepada ikan atau pun pemancing, ia jauh lebih senang dilucutkan!

c. MESIN KEKILI

- Mesin kekili mestilah secocok dengan adat resam dan etika memacing.
- Mesin kekili yang menggunakan kuasa elektrik atau sebagainya, tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan bagi pertandingan memancing.
- Mesin kekili yang menggunakan alat “ratchet” juga tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan dalam pertandingan memancing.

d. JORAN

- Joran mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memancing.
- Penghujung joran (dari tapak mesin kekili hingga ke hujung atas joran) perlulah sekurang-kurangnya 40 inci (101.6 sm) Pangkal joran (dari tapak mesin kekili hingga hujung bawah joran) tidak boleh lebih dari 27 inci (68.58 sm).
- Ukuran-ukuran diatas tidak digunakan bagi bidang memancing pantai, “coarse fishing” atau “pole fishing”The above measurements do not apply to surfcasting, coarse fishing and pole fishing rods.

B. ETIKA MEMANCING

a. KAWASAN PERIBADI PEMANCING

- Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ kedalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan lojik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.

b. BERSOPAN SANTUN

- Bersopan santun lah terhadap pemancing lain. Minta izin jika anda hendak memancing berdekatan dengan mereka.
- Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.
- Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh dsb.- Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tiidak mengacau mereka. Cuba mengelakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.

c. KESELAMATAN

- Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.
- Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail diatas tanah atau lantai bot.
- Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada didalam bot atau dalam air.
- Buat tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelejahi.

Ingat : sesal kemudian tiada gunanya!

C. PEMULIHARAAN IKAN (FISH CONSERVATION)

Jumlah ikan di Malaysia sekarang amatlah berkurangan. Berbagai cabaran seperti pencemaran, kemusnahan habitat serta aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal, telah menjejaskan stok ikan kita. Kita sebagai pemancing yang berwibawa perlulah membantu menyelamatkan ikan yang tersayang dari kepupusan. Setiap tindakan positif anda akan membantu bagi matlamat ini.

a. IKAN TERANCAM (ENDANGERED FISHES)

Sesetengah spesis ikan kita adalah terancam atau pun hampir pupus. Jika anda tangkap spesis-spesis ini, maka diharap anda dapat melepaskanya semula ke dalam air dengan selamat. Beberapa spesis ikan yang terancam atau hampir pupus disenaraikan dibawah:

- Ikan terancam: Kelesa, temoleh, toman bunga (jaloi, jalai, kerandang), jengkua, kelah (kecuali diperairan Taman Negara), jelawat sungai, patin sungai seperti patin muncung, kenderap, gerahak, sikang.

- Endangered Saltwater Fishes: Semua ikan berparuh (billfishes) seperti ikan layar (sailfish) and mersuji (marlin), jerung besar, kerapu bara (coral trout).

HAD TANGKAPAN (CATCH LIMITS)

Ada banyak spesis ikan yang, walaupun tidak terancam, masih memerlukan pertolongan kita agar ia dapat dipuliharakan. Anda perlulah mematuhi beberapa had tangkapan bagi ikan-ikan ini. Had tangkapan ikan pastinya berbeza, dari satu perairan ke perairan yang lain. Disini, kami ingin mengesyorkan had-had umum bagi semua perairan air tawar di Negara kita, seperti dibawah. Sila cuba mematuhi had-had ini, kecuali ada had tangkapan yang spesifik bagi perairan yang anda lawati.Secara umum, anda perlu melepaskan ikan yang terlalu kecil, untuk memberi ia peluang untuk membesar, dan juga melepaskan ikan yang besar, supaya ia dapat membiak. Yang boleh diambil hanyalah yang sederhana sahaja.

HAD TANGKAPAN UMUM BAGI PERAIRAN MALAYSIA

Spesis Ikan (air tawar) Had saiz (kg.)
Had TangkapanMinimum Maksimum
1) Haruan 0.7 1.5 2 ekor sehari
2) Bujuk 0.7 1.2 2 ekor sehari
3) Toman bunga Lepaskan Lepaskan Lepaskan
4) Wild jelawat Lepaskan Lepaskan Lepaskan
5) Wild patin Lepaskan Lepaskan Lepaskan
6) Kalui 1.5 2.5 1 ekor sehari
7) Temoleh Lepaskan Lepaskan Lepaskan
8) Kelah (bagi sungai-sungai Taman Negara sahaja. Bagi sungai lain, sila lepaskan kelah.
1.5 2.0 1 ekor bagi kumpulan anda, satu trip
9) Kelisa Lepaskan Lepaskan Lepaskan
10) Tapah 10.0 15.0 1 per group per trip
11) Toman 1.5 3.0 1 ekor sehari
12) Belida 2.0 3.0 1 ekor sehari
13) Lampam sungai - - 5 ekor sehari
14) Kerai 1.0 2.0 1 ekor sehari
15) Baung 0.6 1.5 2 ekor sehari
16) Kelulang 0.6 1.5 1 ekor bagi trip anda
17) Gerahak Lepaskan Lepaskan Lepaskan
18) Jengkua Lepaskan Lepaskan Lepaskan
19) Tengas (kejor) 1.0 2.0 1 ekor sehari
20) Sikang Lepaskan Lepaskan Lepaskan
21) Sebarau 1.0 2.0 1 ekor sehari
22) Tengalan 1.0 1.5 1 ekor sehari

Jika anda terpancing ikan yang anda tidak boleh kenalpasti, sila lepaskan, kecuali ia ikan pendatang. Lebih baik, ambil gambar ikan ini sebelum ia dilepaskan.

b. AMALKAN TABIAT ‘TANGKAP DAN LEPAS’ (CATCH AND RELEASE)

- Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuh ikan.
- Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
- Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lender ikan dikikiskan. Lendir ini adalah pertahanannya dari penyakit!
- Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
- Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya didalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
- Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu diluar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
- Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik kedalam air (kecuali anda memancing dikolam bayar).

c. PROGRAM TAGGING IKAN (FISH TAGGING PROGRAMS)

Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat spesis ikan tertentu. Program tagging ikan layer dilaut, serta tagging ikan kelah diSungai Tahan adalah dua contoh program ini.

‘Tag’ adalah satu jarumplastik yang dimasukkan kebadan ikan, selalunya dibawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini dibadan ikan, sila ikuti prosidiur dibawah:

- Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.- Rakamkan nombor tag, dan apa-apa keterangan yang adad pada tag itu.
- Rakamkan yang berikut: berat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan. Lepaskan ikan, jika boleh
- Hubungi pihak yang berkenaan dan berikan keterangan diatas.

d. ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG

Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesis pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur. Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negative dari kehadiran spesis-spesis ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing, dan juga hasil kajian dinegara lain, spesis pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesis asli kita.

Ada spesis pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesis ikan Malaysia, dan juga merosakkan habitat air. Kesannya adalah ikan-ikan yang terbantut saiznya, atau pun bilangan ikan yang berkurangan.

Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesis pendatang diperairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah (atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.

Ikan pendatang termasuk:
- Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)

- Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
- Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Russia.
- Lain-lain spesis: Pacu, lampam jawa, Ikan bandaraya

Nota: Sebenarnya, ikan tempatan pun boleh dianggap ikan pendatang jika ia dilepaskan ke perairan yang dahulunya tiada spesis ini.
Contohnya, ikan toman merupakan ikan pendatang bagi perairan seperti Empangan Klang Gates dan Empangan Batu, Selangor. Ia telah membiak dengan cepat dan sekarang spesis ikan yang lain sudah mula berkurangan atau pupus sama sekali. Adalah wajar bagi toman disini dibunuh secara selektif.

D. PENJAGAAN ALAM SEKITAR

a. KEBERSIHAN

- Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing. Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
- BIla memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
- Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg pelastik dan batu-batu ladung kecil. Bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
- Tin kosong serta beg pelastik yang tinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk.Bawanya pulang!

b. MENJAGA KUALITI PERAIRAN

- Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
- Kalau tiada tandas untuk anda membuang air, jangan lakukannya didalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
- Diperairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak “umpan saham”, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
- Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat kedalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
- Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.

c. MENJAGA PERSEKITARAN DAN TUMBUHAN

- Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
- Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapah khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan Lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
- Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak kepokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
- Ditapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ini ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ketanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEBAGAI PEMANCING…

AMALKAN MEMANCING SECARA BERETIKA !

Kelah Action Group of Malaysia(KAGUM)
23, Jalan PJS 10/32,
Bandar Sri Subang,
46000 Petaling Jaya,
Selangor D.E.Malaysia

Friday, January 30, 2009

Memancing Udang Galah

Satu lagi Aktiviti kos rendah yang boleh dilakukan dan menarik adalah mancing udang galah. Untuk aku Teluk Penyamun Kampung Kuantan menjadi tempat utama. Memancing udang galah ni perlukan disiplin masa yang kuat.

Untuk orang bekerja macam aku ni nak megharung MRR2 dari Ampang nak ke Kuala Selangor untuk Appointment dgn tekong bot pukul 7 pagi. Huih.. memang cabaran nak meninggalkan tilam dan bantal.

Dengan kos bot RM 50 dan bawak sendiri, korang dah boleh menikmati pagutan udang dari pagi sampai ke petang nak senja. Gunalah kelas rod khas untuk udang baru stimm layan... lepastu boleh jadi KIASU.. letak rod banyak banyak.. dah memang caranya macam tu.. ikutjerlah resam tu ... dari melawan resam menjadi semak.. ikut dulu...
Kekadang ko boleh rasa penangan Baung kuning menarik rod udang tu... memang best layan bak mayong menyambar rod kat laut.. headbaging beb rod tu... tapi itu sesekali jer berlaku...

Umpan untuk pancingan ni adalah perumpun. Sesetengah orang guna ikan longkang (guppy murah) sebagai umpan tetapi umpun paling praktikal kat Kuala Selangor ni dan juga senang di dapati.
Saiz udang bergamtung kepada hari, port dan arus sungai ketika korang turun tu .. aku tak ingat sangat haribulan Hijrah tentang pengaruh air ni.. ko kena tanya mamat baju coklat tu dia lebih arif tang air ni ... dia memang suka main air .... HAHAHAHAA..