Monday, December 7, 2009

Trip Port Terlarang

Trip dirancang 2 3 hari sebelum tu lagi. Tangan aku gigil bila Hj Rashid cite kat port tu haruan ngan Talapia banyak. Ikut plan asal kitorang nak pegi port kat area Masjid Airport tapi last minit Hj bagitau kita tukar port sbb ada port yang lagi best. Tempat tu kawasan tadahan air banjir. Kawasan agak besar. Masa tengah setting2 pancing takdan 2 3 minit hasil dh dapat. Seekor talapia yang bersaiz agak besar dan dari segi rupa paras talapia tu aku dapat tahu air kat sini sangat bersih. Aku plak macam biaselah, mana layan sangat pancingan dasar ni. En Casting kenalah sentiasa bercasting. Berbekalkan katak minyak yang aku beli 4 Hengget, aku mula casting.

Permulaan casting aku gunakan katak plastik aku. Mungkin haruan-haruan tu pegi sekolah maka takde langsung respon. Merata penjuru tasik tu aku cast tapi langsung takde sambaran. Lepas pada tu aku tukar kepada JANGGUT. Agak menarik dengan sambaran-sambaran lemah tapi hanya tinggalkan bekas je pada Janggut yang aku gunakan tu. Langsung tak lekat. Aku terpaksa gunakan katak jugak last sekali. Kali ini aku casting dari atas tebing setinggi 4 meter dari gigi air. Agak tinggi dan kadang2 gayat gak aku. Tapi nilah port casting paling best bagi aku. Sebabnya baru 2 kali lempar aku dapat sambaran pertama tapi disebabkan oleh kesilapan teknikal yang tak disengajakan oleh aku, ragutan tu hanya mampu tinggalkan kepala katak sahaja untuk aku labuhkan ke darat. Kesilapan teknikal yang aku maksudkan ialah cara cangkukan mata kail ke umpan katak yang agak jauh dikepala yang mana sepatutnya mata kail mesti berada dibahagian dada sekurang2nya.

Kesilapan pertama membuatkan aku terus membuat improvement dengan serta merta. Kali ini, aku cuba buat sesempurna mungkin baik dari segi casting, umpan dan karauan. HASILNYA!!!!! Sambaran yang betul-betul menggarkan drag spinner aku. Sreeeetttttttttttt....... Haaaa.. camtulah bunyi nya.. Sah.... Dah ada yang tersangkut. Layan dari ketinggian 4 meter dengan kekuatan tali 12 paun bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi aku. Peluang untuk rabut amat besar sekali . Tambahan pula dengan stail haruan kat sini yang bila kena hook akan mula melompat dipermukaan air ala-ala marlin. Gambar untuk aksi demikian tak dapat aku konsikan disini sbb takde sapa pun yang ambik gambar untuk tu. Dalam 2 3 minit pertarungan, aku dah menang cuma yang jadi dilema aku kena tarik naik ikan tu ke permukaan yang agak tinggi tu. Nak tak nak aku redha je dgn apa yang akan jadi. Haruan tu dah makin lemah jadi senanglah aku tarik naik ke atas tebing tanpa ada apa-apa masalah. Hasilnya seperti gambar kat bawah ni.



Aku dengan haruan seberat 1.3 kg


Gambar kat bawah ni menunjukkan sifu dengan ikan Talapia Gold nya.. Sangat cantik. Hanya gunakan teknik pancingan tradisional iaitu batang pancing tanpa spinner. Sangat menarik tapi hasil tak henti-henti naik. Jeles aku.





Sangat cantik

Mancing kat port ni tak lama dalam 2 jam je. Pastu datanglah segerombolan black maria. Halau kitorang suh keluar dari kawasan ni. Biaselah kalau dah geng Black Maria ni. Macam-macam lah alasan putar alam diorang. Yang bestnya diorang suruh bawak balik je ikan tu. Sampai je kat kereta ada sekor Black Maria ni datang kat aku minta duit kopi. Hek elehhhhh.. dahlah halau aku macam halau lembu pastu boleh pulak nak minta duit kopi. Buat malu orang INDIA jelah diorang ni. Heran aku. Pastu yang paling rare lagi MAMAT tu siap bagi kat aku no tepon dia. Kalau nak mancing malam dia suruh aku tepon dia dulu. Apa ko ingat ko tauke kolam pancing ke hahhh.... Oooo.. lupa beb gua nak bagi nama dia. Nama mamat ni RAJA. Ni no dia. Kalau ada yang nak mancing kat sini bila malam bolehlah kontek no ni. Pastu kalau korang kena samun ngan geng-geng BLACK MARIA aku tak tahu. Raja - 014-3331082.

Lepas kena halau ngan geng-geng sampah ni, kitorang terus pindah tempat lain. Balik ke port yang jadi perancangan asal. Strike boleh tahan tapi ikut kata Azrul dan Mie tak macam sebelum ni. Sebelum ni lagi hebat. Teruja aku dengar. Cuma kat sini tak digalakkan guna set yang pertengahan dan dilarang sama sekali menggunakan set berat. Sebabnya set-set macamtu akan menyebabkan korang tak rase sentuhan ikan. Kalau nak try kat sini memadai bawak set-set ringan ataupun kalau nak lagi best bawak set mancing udang. Hasil kat sini semuanya talapia yang setelah aku teliti corak pada sisik aku agak dan rase talapia ini telah mengalami evolusi yang pada pandangan aku telah berlaku kacukan dengan spesis Flower Horn yang telah dibuang secara berleluasa di merata sungai-sungai seluruh Malaysia. Aku buat agakkan sahaja dan tak semestinya tepat. Kepada para pelayar blog ni kalau ada idea tentang spesis ni boleh kongsikan sekali dengan aku.

Pada pemerhatian aku jugak ada banyak kelebihan spesis ni berbanding dengan talapia biase. Jangka hayat spesis ni tahan lama bila hidup tanpa air. Bila aku sampai je kat rumah spesis ni tetap hidup bila aku masukkan dalam air. Kalau talapia biase dah lama mati.



Sekian untuk trip minggu ini. Minggu depan mungkin akan ada trip lagi. Kat mana???? Nantikan.....

Thursday, December 3, 2009

Di Tahap Manakah Anda Sebagai Pemancing?

1) Isteri & Keluarga tidak mengemari hobi anda. ( )

2) Takut Isteri & Isteri suka meleter. ( )

3) Hobi di waktu terluang sahaja./ mabuk laut. ( )

4) Mengikut kawan. ( )

5) Masalah Kewangan. ( )

6) Semangat tinggi tapi kurang kesungguhan ( )

7) Tetap bersungguh tapi masih tetap kecewa. ( )

8) Teman memancing yang kurang disenangi. ( )

9) Faktor cuaca,umpan dan air membataskan aktiviti anda( )

10) Peralatan memancing yang serba kekurangan. ( )

11) Merasai tekanan apabila hasil tidak seberapa. ( )

12) Berkira masalah kewangan,kenderaan,hasil tangkapan. ( )

13) Terlalu merendah diri./ cepat putus asa. ( )

14) Ingin berjaya tapi tiada keyakinan diri. ( )

15) Suka merahsiakan lubuk-lubuk untuk kepentingan sendiri( )

Wednesday, December 2, 2009

PETUA – MABUK LAUT

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)

  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.