Tuesday, May 25, 2010

Laporan Trip Kenyir May 2010 (1)

Trip kenyir May 2010 telah dirancang pada bulan Oktober 2009 dan secara rasminya telah direalisasikan pada 15/5/2010 dan berakhir pada 18/5/2010. Trip telah berlangsung selama 4 hari 3 malam.


Entrance and Registration









Hari pertama.

Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur pada pukul 10.45 mlam dan perjalanan kami selamat sampai ke Bandar Kuala Berang tepat pukul 4 pagi. Selesai Solat Subuh, semua anggota trip bersarapan dan membuat persiapan terakhir dari segi pembelian segala barang keperluan selama trip berlangsung. Perjalanan dari Empangan Jenagor ke Sungai Terenggan mengambil masa hampir 6 jam dengan kelajuan Bot House yang hanya 6km/j. Perjalanan yang amat panjang ini diambil kesempatan oleh semua peserta untuk tidur dan merehatkan badan yang telah semalaman berjaga didalam kereta.






Dihari pertama kami sampai, telah banyak bot house lain yang telah berlabuh di Sungai Terenggan. Selesai semua persiapan, masing-masing dah mula sibuk untuk pergi casting. Hasil casting pada hari pertama anak-anak toman sebesar lengan budak. Anak-anak toman ni tengah galak memburu gewang Shad Rap 5cm - 7cm. Untuk teknik bottom, hanya beroleh Ikan Lampam dan Baung. Hari dah lewat malam. Penulis dah nak tido. Esok plak sambung.....




Monday, May 24, 2010

Laporan Trip Kenyir May 2010

Trip Kenyir May 2010 baru je berlalu. Penat pun tak habis lagi tapi bau umpan tapa dah lama berlalu. Dalam dok sibuk2 ni aku belum berkesempatan lagi nak publishkan Laporan Trip ke dalam blog ni. I'allah, laporan akan menyusul tak lama lagi.

Thursday, May 13, 2010

Trip Kenyir May 2010

Salam semua. Esok malam akan bermulalah perjalanan untuk Trip Kenyir May 2010. Trip ini secara rasminya akan berlangsung bermula 15/5/2010 - 18/5/2010. Berikut ialah itinerary untuk trip tersebut.

Jumaat (14/5/2010)









9.00 pm : Berkumpul di Stesen Petronas MRR2






10.00 pm : Bergerak ke Kuala Berang






Hari Pertama
(Sabtu : 15/5/2010)









6.00 am : Sembahyang Subuh (Masjid Kuala Berang)


Beli persiapan terakhir / sarapan pagi






9.00 am : Pendaftaran permit dan pas (Empangan Jenagor)






10.00 am : Berlepas ke Kuala Terenggan






2.00 pm : Sampai Kuala Terenggan






Hari Ke 2
(Ahad :16/5/2010)
















6.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Tuan Hj Abdul Rashid






6.30 am : Casting Sebarau







10.00 am : Sarapan pagi







11.00 am : Trekking Hulu Terenggan






12.00 am : Camping selama 1 malam.


Target: Kelah dan Tengas






Hari ke 3
(Isnin : 17/5/2010)










6.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Tuan Hj Abdul Rashid






6.30 am : Casting Sebarau







10.00 am : Sarapan Pagi







11.00 am : Bergerak balik ke Boat House






2.00 pm : Makan Tengahari di Boat House






3.00 pm : Aktiviti memancing







Hari Ke 4
(Selasa:18/5/2010)










6.00 am : Solat Subuh Berjemaah dan tazkirah Subuh oleh Tuan Hj Abdul Rashid






6.30 am : Casting Sebarau







10.00 am : Sarapan Pagi







11.00 am : Bergerak balik ke Jenagor






3.00 pm : Sampai Empangan Jenagor






5.00 pm : Bergerak balik ke Sg Buloh






1.00 am : Sampai Sg Buloh (Trip Tamat)

Monday, May 10, 2010

Kasi Panas Sikit



TASIK KENYIR: Perjalanan meredah banjir hujan selebat-lebatnya ketika menuju ke sini sama sekali tidak mematahkan semangat penulis dan Geng PJ Striker meneruskan ekspedisi memburu ikan yang menghuni di tasik ini, baru-baru ini. Sememangnya kami sengaja mencari waktu begini bagi merasai penangan ikan Kenyir yang dikatakan banyak ketika musim tengkujuh. Kami berjaya memancing banyak sebarau dan baung. Malah turut mengena ialah toman, belida dan seekor kelisa seberat 2 kilogram. Toman adalah sasaran utama peserta Boat On The Road yang dijadualkan pada 7 hingga 9 Mei ini.

Sejurus tiba ke destinasi kira-kira jam 4 petang, Kamal dan Rahiman terus memecut bot gentian kaca dengan enjin sangkut Yamaha 15 kuasa kuda meninggalkan rumah bot mencari lokasi terbaik. Sementara itu Haji Gani membuka tirai pertama acara pancingan dasar dari atas rumah bot dengan baung seberat kira-kira 250 gram.

Selalunya waktu baung galak makan ialah malam. Hanafiah, Rahiman dan Kamal yang pulang dari memancing di lokasi lain turut memperoleh 17 ekor baung selain sebarau yang tumpas selepas menyambar gewang Rapala Shad Rap SSR-9 12g Top Swim dan Deep Swim warna oren.

Pendek kata, pantang gewang jatuh ke air pasti bersambut dengan deburan air yang sungguh mengasyikkan akibat hentaman sebarau pelbagai saiz. Namun etika pemancing berwawasan serta bijak mesti diamalkan. Kami hanya mengambil sebarau yang sederhana. Anak sebarau dilepaskan semula.
Malam menjelang tiba dan waktu terbaik memancing baung. Aktiviti hanya boleh dilakukan di atas rumah bot bagi menjamin keselamatan, demikian arahan tekong bot Mustaffar atau lebih dikenali sebagai Pok Par yang arif mengenai tasik itu sejak 18 tahun lalu. Lazimnya, apabila memancing di atas rumah bot, maka juaranya ialah Pak Cho atau Haji Yusof Othman dengan baungnya.

Pagi hari kedua yang hening, tiba-tiba kecoh akibat kegembiraan Kamal kerana seekor kelisa seberat 1.5 kg terpedaya dengan lenggokan Rapalla Shad Rap SSR-9. Maklumlah beliau tidak menyangka kelisa membedal Rapalla warna orennya.