Saturday, January 31, 2009

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA

Oleh: Aznir Malek

Para Pemancing,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca lakaran ini!

Kebelakangan ini, memancing telah menjadi aktiviti rekreasi yang amat digemari di
negara kita. Namun, beberapa isu kini mencabar kita. Isu seperti kepupusan spesis ikan negara, pencamaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tatasusila dikalangan para pemancing. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain.


Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapung-apung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan!

Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh, dan mempraktikkan aktiviti memancing secara beretika.
Sila baca syor kami, ia itu Peraturan Memancing Secara Beretika. Berbincanglah peraturan ini bersama rakan-rakan anda. Buatlah salinan fotokopi dan unjurkanlah kepada pemancing lain. Lebih baik, tinggalkan beberapa salinan di kedai-kedai pancing yang berdekatan, supaya orang lain akan mendapat ‘mesej’ kita!


Let’s Do It Right!

Kelah Action Group of Malaysia (KAGUM)

“Saving our rivers, Saving our fishes”

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA - UNTUK PEMANCING MALAYSIA

Nota: Beberapa peraturan ini telah dipetik dari peraturan memancing International Game Fish Association (IGFA), sebuah badan yang merangkumi pemancing seluruh dunia. Objektif umum adalah untuk menggalakkan kaedah memancing yang beretika dan juga piawaian bagi pertandingan memancing serta rekod pancingan.


A. PERALATAN MEMANCING

a. TALI PANCING

- Tali yang digunakan untuk memancing sesuatu spesis ikan perlu tak terlalu kasar, namun tak teralu halus. Dengan ini, ikan tidak lah boleh memutuskan tali dengan senang dan terseksa dengan mata kail dimulutnya.
- Tali mesin kekili (main line): Tali tangsi (nylon) atau tali sulam (braided) boleh digunakan. Tali dawai tidak boleh digunakan.
- Tali tambahan gelung kekili (line backing): Jika tali tambahan disambung kepada tali mesin kekili, ia tidak boleh melebihi 130 paun (60 kg.). Tangkapan ikan akan diiktiraf dibawah tali yang lebih berat.
- Tali pendua (Double line): Jika tali pendua digunakan, maka ia perlu dibuat dari tali mesin kelili. Panjang maksima adalah seperti berikut:
- Perairan air masin, tali sehingga 20 paun (10 kg): 15 kaki (4.57 m.)
- Perairan air masin, tali lebih dari 20 paun hingga 130 paun: 30 kaki (9.14 m.)
- Air tawar, semua saiz tali: 6 kaki (1.82 m.)
- Tali perambut (Leader): Jika menggunkan tali perambut, anda perlu mematuhi spesifikasi berikut:
- Perambut harus disambung ke tali mesin melalui kekili, sambungan (knot) atau sebagainya. Tiada peraturan mengenai saiz atau jenis bahan perambut.
- Panjang maksima perambut adalah seperti berikut:
- Air masin, perambut sehingga 20 lb (10 kg): 15 kaki (4.57 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebehi 20 kaki (6.1 m.)
- Air masin, perambut lebih 20 lb sehingga 130 lb (60 kg): 30 kaki (9.14 m.). Jumlah perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 40 kaki (12.19 m)
- Air tawar, semua saiz tali perambut: 6 kaki (1.82 m.). Jumlah panjang perambut dan tali pendua tidak boleh melebihi 10 feet (3.04 m.)

b. MATA KAIL

- Untuk umpan ikan hidup mati: Tidak lebih dari dua mata kail perlu gunakan. Kedua-dua mata kail perlu dibenamkan kedalam umpan. Tidak diibenarkan mata kail yang tergantung bebas. Mata dua atau mata tiga tidak dibenarkan.
- Ikatan dua mata kail bagi pancingan dasar hanya dibenarkan jika menggunakan dua perambut berasingan dan juga jika tidak menggunakan mata dua atau mata tiga. Setiap mata kail mestilah dibenamkan kedalam umpan masing-masing. Jarak antara mata kail mestilah agak jauh, supaya jika seekor ikan telah memakan umpan, mata kail yang kedua tidak mencucuk badan nya (foul hook).
- Mata kail untuk gewang: Bila menggunakan gewang yang ada “skirt” atau bahan yang bertali darinya, tidak lebih dari dua mata kail dibenarkan disambung kepada tali pperambut.. Mata kail kedua tidak boleh jauh kebelakang bahan yang bertali (skirt) itu.
- Mata pendua atau mata tiga dibenarkan baggi gewang lain.
- Gunakan mata kail yang tidak bertaji jika boleh. Keberkesanan mata kail ini sama dengan mata kail biasa. Kadangkala, ia lebih berkesan! Jika berlaku kemalangan kepada ikan atau pun pemancing, ia jauh lebih senang dilucutkan!

c. MESIN KEKILI

- Mesin kekili mestilah secocok dengan adat resam dan etika memacing.
- Mesin kekili yang menggunakan kuasa elektrik atau sebagainya, tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan bagi pertandingan memancing.
- Mesin kekili yang menggunakan alat “ratchet” juga tidak disyorkan, dan tidak dibenarkan dalam pertandingan memancing.

d. JORAN

- Joran mestilah secucuk dengan adat resam dan etika memancing.
- Penghujung joran (dari tapak mesin kekili hingga ke hujung atas joran) perlulah sekurang-kurangnya 40 inci (101.6 sm) Pangkal joran (dari tapak mesin kekili hingga hujung bawah joran) tidak boleh lebih dari 27 inci (68.58 sm).
- Ukuran-ukuran diatas tidak digunakan bagi bidang memancing pantai, “coarse fishing” atau “pole fishing”The above measurements do not apply to surfcasting, coarse fishing and pole fishing rods.

B. ETIKA MEMANCING

a. KAWASAN PERIBADI PEMANCING

- Hormatilah pemancing lain. Setiap pemancing memerlukan kawasan memancing peribadi mereka. Jangan ‘menceroboh’ kedalam kawasan ini. Kawasan ini pastinya berbeza, terpulang kepada keadaan. Namun, anda perlulah menggunakan lojik, supaya tidak mengganggu pemancing lain.

b. BERSOPAN SANTUN

- Bersopan santun lah terhadap pemancing lain. Minta izin jika anda hendak memancing berdekatan dengan mereka.
- Jangan buat bising. Ini mungkin menakutkan ikan, dan mungkin juga membuat pemancing lain marah.
- Jangan mengacau permukaan air tanpa sebab, umpamanya meranduk air, membasuh dsb.- Jika anda mengguna bot dan berdekatan dengan pemancing lain, perlahankan bot anda supaya tiidak mengacau mereka. Cuba mengelakkan kawasan pancingan mereka, jika boleh.

c. KESELAMATAN

- Sentiasa fikirkan keselamatan bagi diri anda dan juga orang lain.
- Jangan tinggalkan benda tajam seperti pisau atau mata kail diatas tanah atau lantai bot.
- Pakailah alat pelampung (personal floatation device) setiap masa, bila anda berada didalam bot atau dalam air.
- Buat tinjauan keselamatan dulu, sebelum anda meranduk sungai atau menggunakan bot. Cari nasihat tentang sungai atau tasik atau laut yang ingin anda jelejahi.

Ingat : sesal kemudian tiada gunanya!

C. PEMULIHARAAN IKAN (FISH CONSERVATION)

Jumlah ikan di Malaysia sekarang amatlah berkurangan. Berbagai cabaran seperti pencemaran, kemusnahan habitat serta aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal, telah menjejaskan stok ikan kita. Kita sebagai pemancing yang berwibawa perlulah membantu menyelamatkan ikan yang tersayang dari kepupusan. Setiap tindakan positif anda akan membantu bagi matlamat ini.

a. IKAN TERANCAM (ENDANGERED FISHES)

Sesetengah spesis ikan kita adalah terancam atau pun hampir pupus. Jika anda tangkap spesis-spesis ini, maka diharap anda dapat melepaskanya semula ke dalam air dengan selamat. Beberapa spesis ikan yang terancam atau hampir pupus disenaraikan dibawah:

- Ikan terancam: Kelesa, temoleh, toman bunga (jaloi, jalai, kerandang), jengkua, kelah (kecuali diperairan Taman Negara), jelawat sungai, patin sungai seperti patin muncung, kenderap, gerahak, sikang.

- Endangered Saltwater Fishes: Semua ikan berparuh (billfishes) seperti ikan layar (sailfish) and mersuji (marlin), jerung besar, kerapu bara (coral trout).

HAD TANGKAPAN (CATCH LIMITS)

Ada banyak spesis ikan yang, walaupun tidak terancam, masih memerlukan pertolongan kita agar ia dapat dipuliharakan. Anda perlulah mematuhi beberapa had tangkapan bagi ikan-ikan ini. Had tangkapan ikan pastinya berbeza, dari satu perairan ke perairan yang lain. Disini, kami ingin mengesyorkan had-had umum bagi semua perairan air tawar di Negara kita, seperti dibawah. Sila cuba mematuhi had-had ini, kecuali ada had tangkapan yang spesifik bagi perairan yang anda lawati.Secara umum, anda perlu melepaskan ikan yang terlalu kecil, untuk memberi ia peluang untuk membesar, dan juga melepaskan ikan yang besar, supaya ia dapat membiak. Yang boleh diambil hanyalah yang sederhana sahaja.

HAD TANGKAPAN UMUM BAGI PERAIRAN MALAYSIA

Spesis Ikan (air tawar) Had saiz (kg.)
Had TangkapanMinimum Maksimum
1) Haruan 0.7 1.5 2 ekor sehari
2) Bujuk 0.7 1.2 2 ekor sehari
3) Toman bunga Lepaskan Lepaskan Lepaskan
4) Wild jelawat Lepaskan Lepaskan Lepaskan
5) Wild patin Lepaskan Lepaskan Lepaskan
6) Kalui 1.5 2.5 1 ekor sehari
7) Temoleh Lepaskan Lepaskan Lepaskan
8) Kelah (bagi sungai-sungai Taman Negara sahaja. Bagi sungai lain, sila lepaskan kelah.
1.5 2.0 1 ekor bagi kumpulan anda, satu trip
9) Kelisa Lepaskan Lepaskan Lepaskan
10) Tapah 10.0 15.0 1 per group per trip
11) Toman 1.5 3.0 1 ekor sehari
12) Belida 2.0 3.0 1 ekor sehari
13) Lampam sungai - - 5 ekor sehari
14) Kerai 1.0 2.0 1 ekor sehari
15) Baung 0.6 1.5 2 ekor sehari
16) Kelulang 0.6 1.5 1 ekor bagi trip anda
17) Gerahak Lepaskan Lepaskan Lepaskan
18) Jengkua Lepaskan Lepaskan Lepaskan
19) Tengas (kejor) 1.0 2.0 1 ekor sehari
20) Sikang Lepaskan Lepaskan Lepaskan
21) Sebarau 1.0 2.0 1 ekor sehari
22) Tengalan 1.0 1.5 1 ekor sehari

Jika anda terpancing ikan yang anda tidak boleh kenalpasti, sila lepaskan, kecuali ia ikan pendatang. Lebih baik, ambil gambar ikan ini sebelum ia dilepaskan.

b. AMALKAN TABIAT ‘TANGKAP DAN LEPAS’ (CATCH AND RELEASE)

- Sila cuba mendaratkan ikan anda secepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuh ikan.
- Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
- Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lender ikan dikikiskan. Lendir ini adalah pertahanannya dari penyakit!
- Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
- Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya didalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
- Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu diluar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
- Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik kedalam air (kecuali anda memancing dikolam bayar).

c. PROGRAM TAGGING IKAN (FISH TAGGING PROGRAMS)

Ada beberapa pihak yang kini mengamalkan program ini, dengan objektif pemuliharaan serta memantau perkembangan serta tabiat spesis ikan tertentu. Program tagging ikan layer dilaut, serta tagging ikan kelah diSungai Tahan adalah dua contoh program ini.

‘Tag’ adalah satu jarumplastik yang dimasukkan kebadan ikan, selalunya dibawah sirip dorsal ikan. Jika anda terjumpa tag ini dibadan ikan, sila ikuti prosidiur dibawah:

- Jangan cabut tag tersebut, kecuali ikan sudah mati.- Rakamkan nombor tag, dan apa-apa keterangan yang adad pada tag itu.
- Rakamkan yang berikut: berat ikan; ukuran panjang ikan (dari mulut ke simpang ekor ikan); ukuran bulatan perut; lokasi tangkapan, keadaan perairan, tarikh dan masa, cuaca, umpan yang digunakan. Lepaskan ikan, jika boleh
- Hubungi pihak yang berkenaan dan berikan keterangan diatas.

d. ANCAMAN DARI IKAN PENDATANG

Beberapa tahun yang kebelakangan ini, kita telah dapati banyak spesis pendatang yang telah memasuki perairan kita. Kebanyakannya adalah berasal dari aktiviti akuarium atau akuakultur. Belum ada kajian yang cukup lengkap tentang kesan negative dari kehadiran spesis-spesis ini, tetapi pada mata kasar pemancing-pemancing, dan juga hasil kajian dinegara lain, spesis pendatang memang telah menjejaskan habitat dan tumbesaran spesis asli kita.

Ada spesis pendatang yang membiak dengan amat pantas, memakan telur spesis ikan Malaysia, dan juga merosakkan habitat air. Kesannya adalah ikan-ikan yang terbantut saiznya, atau pun bilangan ikan yang berkurangan.

Kita tidak boleh menunggu hingga kajian lengkap dibuat mengenai isu ini. Kita perlu bertindak sekarang juga. Jika anda terpancing spesis pendatang diperairan yang semulajadi (tasik, sungai dan sebagainya), JANGAN LEPASKAN ia balik ke air. Makanlah (atau dermakannya kepada pihak yang memerlukan.

Ikan pendatang termasuk:
- Semua ikan jenis Cichlid: Flower horn, peacock bass, jaguar cichlid, ‘kerapu lombong’, tilapia (semua jenis)

- Ikan-ikan Kap: Kap rumput, leekoh, kap kepala besar, kap putih, rohu, katla
- Ikan Keli: Keli Afrika, Keli Russia.
- Lain-lain spesis: Pacu, lampam jawa, Ikan bandaraya

Nota: Sebenarnya, ikan tempatan pun boleh dianggap ikan pendatang jika ia dilepaskan ke perairan yang dahulunya tiada spesis ini.
Contohnya, ikan toman merupakan ikan pendatang bagi perairan seperti Empangan Klang Gates dan Empangan Batu, Selangor. Ia telah membiak dengan cepat dan sekarang spesis ikan yang lain sudah mula berkurangan atau pupus sama sekali. Adalah wajar bagi toman disini dibunuh secara selektif.

D. PENJAGAAN ALAM SEKITAR

a. KEBERSIHAN

- Bawa balik apa-apa barang yang anda bawa memancing. Jangan tinggalkan sampah merata-merata.
- BIla memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang di bawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
- Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg pelastik dan batu-batu ladung kecil. Bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
- Tin kosong serta beg pelastik yang tinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk.Bawanya pulang!

b. MENJAGA KUALITI PERAIRAN

- Jangan kotorkan sungai atau tasik yang anda lawati.
- Kalau tiada tandas untuk anda membuang air, jangan lakukannya didalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
- Diperairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak “umpan saham”, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
- Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat kedalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
- Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.

c. MENJAGA PERSEKITARAN DAN TUMBUHAN

- Cuba elakkan memotong tumbuhan disekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
- Jika anda ingin mendirikan khemah, gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapah khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan Lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
- Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih ‘mesra alam’. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak kepokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
- Ditapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ini ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ketanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANDA SEBAGAI PEMANCING…

AMALKAN MEMANCING SECARA BERETIKA !

Kelah Action Group of Malaysia(KAGUM)
23, Jalan PJS 10/32,
Bandar Sri Subang,
46000 Petaling Jaya,
Selangor D.E.Malaysia

Friday, January 30, 2009

Memancing Udang Galah

Satu lagi Aktiviti kos rendah yang boleh dilakukan dan menarik adalah mancing udang galah. Untuk aku Teluk Penyamun Kampung Kuantan menjadi tempat utama. Memancing udang galah ni perlukan disiplin masa yang kuat.

Untuk orang bekerja macam aku ni nak megharung MRR2 dari Ampang nak ke Kuala Selangor untuk Appointment dgn tekong bot pukul 7 pagi. Huih.. memang cabaran nak meninggalkan tilam dan bantal.

Dengan kos bot RM 50 dan bawak sendiri, korang dah boleh menikmati pagutan udang dari pagi sampai ke petang nak senja. Gunalah kelas rod khas untuk udang baru stimm layan... lepastu boleh jadi KIASU.. letak rod banyak banyak.. dah memang caranya macam tu.. ikutjerlah resam tu ... dari melawan resam menjadi semak.. ikut dulu...
Kekadang ko boleh rasa penangan Baung kuning menarik rod udang tu... memang best layan bak mayong menyambar rod kat laut.. headbaging beb rod tu... tapi itu sesekali jer berlaku...

Umpan untuk pancingan ni adalah perumpun. Sesetengah orang guna ikan longkang (guppy murah) sebagai umpan tetapi umpun paling praktikal kat Kuala Selangor ni dan juga senang di dapati.
Saiz udang bergamtung kepada hari, port dan arus sungai ketika korang turun tu .. aku tak ingat sangat haribulan Hijrah tentang pengaruh air ni.. ko kena tanya mamat baju coklat tu dia lebih arif tang air ni ... dia memang suka main air .... HAHAHAHAA..

Thursday, January 29, 2009

Mencandat sotong


Laut Terengganu, sekitar Pulau Kapas dan perairan Marang adalah tempat pesta pada bulan April hingga ke September setiap tahun. Pada malam hari jika anda melalui persisiran tersebut anda boleh saksikan puluhan bot bersenjatakan lampu spotlight untuk menarik si lembut ini.

Sekarang Pesta mencandat sotong memang menajdi aktiviti tahunan kerajaan Negeri Terengganu untuk menarik pelancong dalaman mahupun asing.

Dalam masa yang singkat (maghrib hingga tengah malam) puluhan malah ratusan ekor sotong boleh dinaikkan desebabkan di tipu oleh candat yang dipanggil 'mayat' oleah orang sebelah sana.

Dari spesis sotong Jarum, torak, cumit, katak dan mengabang dapat dicandat dengan candat seperti contoh di bawah.


L-R : Candat casting Yamashita Weight 3.5g. Orang ganu panggil ni candat memain sebab hasilnya kurang productive dari yang lain; candat branch Yamashita no weight attached. sayapnya dikatakan berbisa untuk memukau sotong dan juga kilauan di badannya; Candat mayat branch warna kepala jer berbeza tapi yang merah pekat menjadi tarikan sotong Kaler ultraman.

atas: Ladung khas untuk mencandat. Kalau takde boleh pakai ladung biasa. Consnya adalah kurang ler satu mata candat. Therefore sotong yang duduk kat bottom tu tak dapat di pikat.

Cara meyediakan candat sama macam cara menyediakan dan persembahan Apollo. Branches dinasihatkan antara 1 hingga 3 .. tapi kalau nak buat lebih sukahati korang ler korang yang tarik...

Pada pendapat kami, yang menentukan hasil adalah alun dan cuaca. Kalau alun kuat dan alun Pantai Timur memang berbeza dari alun Pantai Barat maka anda mungkin menjadi korban seperti tercandatnya seekor dugong dibawah ni.

Jika anda ingin pergi mencandat focus jer pada mencandat. Jangan jadi macam team ni cuba memancing ikan dan mencandat menyebabkan aktiviti dan kehidupan menjadi tak keruan hingga ada yang terkorban menjadi mangsa ALUN..

Somak .. Cuba lagi di tahun hadapan bawak ubat satu papan...

Anyway, mencandat adalah aktiviti memancing yang santai di mana ia boleh dijadikan aktiviti kekeluargaan dan its good for rookie yang baru nak belajar turun ke laut merasa alun. So for the activities picture, please go to this link for more picture that tells thousand words for the events

http://s609.photobucket.com/albums/tt178/aceanglers/mencandat%20sotong%202008/

Thailand 2006

Photobucket Album

Trip Kumpau

Perairan Yan, Kedah di mana dasarnya di huni oleh bondong tenggiri (spanish mackerel) yang kalau kena musim bak kata orang Cina Cak Bo Liau ehh...

Sudah dua kali kami menguji kawasan perairan ni tapi nasib tak menyebelahi kami.

1st trip
Kami bertolak dari KL pukul 1 pagi selapas gila babi mencari transport yang sesuai. Maklumlah kami pada masa tu tak mempunyai transport besar yang sesuai untuk di bawa ke trip untuk menimatkan bajet. yang ada sume keta cari makan dari seekor kancil hingga ke seorang wira sajer yang ader.. Nasib baik ijad dapat sau van malam tu kalau tak naik wira 4 orang sumbat ngan coleman 2 tong mampoih...

Sampai kat Penang pukul 6 pagi sebab van tu uzur takleh nak rembat laju... masa tu aku ngan Fadzli baru tersedar yang kitaorang dah lewat tukar driver.. ijad ngan zaid tido plak aku ngan fadzli bawak van... rembat van tu macam nak roboh.. jumpa bob (the younger Marzuki's) then sau umpan dan sau breakfast pagi. Sampai kat Kuala Dulang air surut.. Tekong yang tunggu kami pun dah masuk tido balik.. apa nak buat... makan breakfast yang di tapau tu then sambung tido kat wakaf yang disediakan..

Pukul 10 tekong gerak kitaorang ajak turun laut.. huih rasa berdebar masa tu bersemangat nak merasa larian padu tenggiri.. Fadzli dah buat special rig untuk Tenggiri for this trip untuk casting kembung. Apalagi.. memang bersemangat wajalah kami

Sampai tuas darat pertama kami pun mengunjun umpan yang dibawa .. baru 2 kali unjun langit berubah dari cerah ke mendung.. ok lagi angin dari sepoi sepoi bahasa berubah ke sekeras keras bahasa.. rasa macam nak terbalik bot.. "takpe air kucah lagi banyak tenggiri" kata dalam hati nak sedapkan diri. Tekong dapat satu halo .... Jitra dah kena ribut.. ALAMAK .. tekong pun rembat bot satu macam punya lari untuk lari dari ribut.. Dan dan kami sampai darat ribut sampai.. Huih pucat sampai ke kaki..

Dari sini kami amik pengajaran iaitu kena ada transport yang betul untuk memancing... Hasilnya Ijad beli Frontier .. AKU ZAID DAN IJAD RACUN kompeni suruh beli van besar untuk angkat budak kilang khasnya dan untuk kami gunakan untuk memancing amnya. HAHAAHAHA
Perairan YAN .. Satu hari nanti aku akan tarik tenggiri di sini


2nd Trip

Kali ni kami prepare awal pukul 7 petang dah bergerak ke Kedah. sampai Jeti Kuala Dulang pukul 530 pagi masa tu tok siak terkejut tengok kitaorang masa dia nak gi Azan subuh..

Dalam hati aku masa tu .. timing dah kena dah ni.. ngam pukul 7 pagi kami pun bergerak dgn bot kali ni kitaorang bawak Syed Hamzah.. geng lama yang baru pindah ke Kedah masa tu..
Aji Zaid dah hilang semangat selepas kena COBAAN trip pertama..

Sehari suntuk kitaorang Melabuhkan umpan, Pelbagai teknik kitaorang coba.. Drift, Cast, Jig Bottom sumernyer tak bersahut..

Dah takde ikan ke sini... Dalam hati jerlah. Sumer muka dah kelat.. Dapat satu strike kat belakang ... Berdesing drag keluar... Sah Panjang dah ni.... AKu sentap Sentap dan sentap lagi... Dan cuba ketatkan drag.. tiba tiba tes.... habis stim.. alamak Premature ler...

Itujerlah satu larian dari panjang... yang lain menghabiskan masa ngan melayan sotong kat sana
Fadzli main cast bulu dapat ler kerapu sesat..

Balik tu kami pun buat forensik kenapa jadi macam tu.. tengok tong oranglain kat bot lain penoh tengiiri... tanya diaorang apa rahsia... pakai jin ke? JAWAPANNYA... diaorang pakai tali mono .. braided taklayan langsung ... kami check balik pancing yang kena baham tu .. sah mono... PENING.. Ikan dah kenal tali dah ni....aku masih hampa nak tarik tenggiri..

Syed Hamzah... tengah mengikat perambut... menyesal dia tukar braid line sebelum turun trip ni

BILA AKU NAK TARIK TENGGIRI KAT SINI

nok kiau 2008

Photobucket Album

Nak ke Nok tersangkut ke Koh 2008 part II



Habis loading barang dari dalam van dan lori tu kena teh tarik MANIS gila kat port. Aku dah refill 5 kali dengan air suam pun masih rasa manis teh tu. Memang ler gula kat siam ni murah.
Makan insurans sekali 2 biji (Pil tahan mabuk ler). Lepas tu cargas pegi loadinh barang kat atas bot.


Ni lah port Pak Bara yang hebat tu kat sini kena pandai pilih tekong samada darat atau laut. Mereka mempunyai specialities mereka sendiri dan sesuai mengikut teknik memancing anda dari memburu Kertang dgn jig, mengapollo sampai penuh tong dgn ikan seperti kerapu, tetanda, jebong dan juga jenahak hingga pergi main ikan game seperti ebek, GT dan Lain lain. Salah pilih hang kempunan. Thats why pemilihan tekong darat dan laut penting supaya korang tak hangin dan diaorang tak kelat.



Habis loading barang rileks jap atas boat semetara menunggu tekong layan muay thai kat darat. Tapi tekong siam ni aku kena respect tentang 'Pengurusan masa" diaorang. Tekong kita mesia kena banyak belajar dari diaorang.. dari pelbagai segi ..


Ko tegokjerlah barang atas bot tu.. macam nak pindah ke Indon.. Aku rasa barang yang nak di hantar ke Acheh atas misi penyelamat pun kurang dari ni.. bukan pa team ni punya motto adalah better safe than sorry.. so everything double up... especially tang makan dan barangan mancing.. kat laut mana ader kedai pancing atau 7 eleven bai... kang lapar takkan nak baham ikan jer.. boring tu...



Bot bergerak meninggalakn port dan bermulalah trip kurang tido lebih makan selama 5 hari 4 malam.. Joe dan fadzli tgh layan trolling tapi aku tak tau ler kenapa ikan siam ni tak nak makan rapalla sangat.. mungkin diaorang dah sekolah tinggi atatu tak sekolah langsung...


Port mengapollo (sabiki atau mata rambai) mancari kerapu untuk di buat lauk.. kena port penuh satu coleman leaps tu boleh main iakn game.. Yeee haaaa..




Suasana pagi di adang.. pukul 630 pagi... lepas semayang subuh mata pun takleh bukak lagi ...

untuk cerita lanjut ko browse ler link kat bawah ni dan tgk hasil serta ribut yang mem

http://s609.photobucket.com/albums/tt178/aceanglers/Thailand%202008/

Wednesday, January 7, 2009

Nak ke Nok tersangkut ke Koh 2008












Dengar bunyi macam lucah tapi itu bahasa siam untuk port memancing. Trip kali ketiga berturut-turut seperti menajdi ritual setiap CNY untuk Team ni.


Penganjur tetap sama the Marzuki brothers ( Along dan Bob ) macam Murieta brothers jugak perangainya with the tekong darat C.Syamwen and Tekong Laut LAXAMANA Asan and First and last deckhand Kocat (maksudnya sumer bende dia buat ler) . Macam biasa trip ni bermula dari Sg Buloh pukul 8 pm all the way to Wang Kelian Pukul 10 pagi. Stop kat changlun utk urusan tuhan, peribadi and dunia seperti solat subuh, sarapan ,proses periltalsis berturutan dan pertuakaran watawang asing. Bila sampai Wang Kelian sumer muka sengih jer. I dont know sebab memancing or masuk Siam.. (tgk gambo atas tu)










Di depan pasar La Ngu shopping untuk barang makanan dan Air Cap Ikan Jerung. Energy drink . Taste like red bull but milder.
Berhenti makan tengahari di La Ngu. Lepas shopping. Masing -Masing tunjuk muka lapar.

Then apalaga pegi ler ke port lepas semayang kat masjid Pak Bara. Masa tu lepas Asar, berkenderaan satu Van KIA Preggio dan satu (1) lori Satu TAN . (BAWAK lori Beb pegi mancing) GILERRRRR.


AKu pun tak tau ler. inilah mungkin yang orang kata gila memancing atau pemancing gila. jumpa di part II nanti






Tuesday, January 6, 2009

Tribute to pemancing gila

salam,



I was thinking of how to share my experience , joy and sadness from this dunia hanyir.



Bagaimana alam menjadi penentu kepada nasib walaupun segigih mana kita mencuba. Bagaimana kita mangawal keadaan pabila musibah,dugaan datang.



Dan bagiamana kita boleh mengaplikasikan dan mengambil iktibar dari situasi itu untuk di praktikkan dalam kehidupan seharian.



Memancing adalah hobi. Dan hobi ini yang membuatkan sesetengah golongan pemancing dilabel sebagai "kaki" "gila" daripada mereka yang tidak memahami. Tetapi bagi yang memahami mereka dilabel sebagai "hardcore" atau "pro". Walau bagaimanapun memancing ada keseronokannya tersendiri. Yang penting kita layan

Kita layan keindahan alam
Kita layan ikan tarik makan umpan
Kita layan kerenah kawan
Kita layan perangai tekong
Layan...